Friday 16 July 2010

SyUkUr Ya ALLAH...-bufday INANI..

Alhamdulillah...tadi dpat pi umah nani...sumenyer brjln agak lancar ar jugak...walaupown tadi ana lmbat sampai...hmm...nie ader..ar beberapa gambaq yng dicapturedkan :












SEBELUM ANA LUPA...HEPI BELATED BIRTHDAY INANI WA FATIN...SEMOGA SENTIASA BAHAGIA N MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU...

Saturday 5 June 2010

ALLAH ;D


Semakin jauh ku dari-Mu semakin dekat pula Kau menghampiri daku,
Oh Tuhan yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan Mu,

Semakin cuba ku dekati semakin kuat pula Kau mendugai aku,
Oh Tuhan yang Maha Sempurna ,kerdilnya diriku dihadapan Mu,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,

Sudikah kau menerima hamba Mu yang hina ini,Ya Allah yang Maha Pengampun...

Carilah cinta yang hakiki....kerana cinta inilah....cinta yang abadi....
Ya ALLAH....Kau permudahkanlah aku untuk mencari cinta-Mu....
Sesungguhnya cinta-Mu adalah cinta yang teragung....cinta yang berkekalan....Subhanallah....

SaBaR....



Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti kesabaran,
Dimana sabar memerlukan kesabaran, Adapun bala dan musibah akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH, Oleh itu,syukurilah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi syukur...

Friday 7 May 2010

Insan Istimewa....AN-NISA'...


Sedarilah insan istimewa bawa kelembutan....bukan kelemahan....
Bukan jua kebinasaan dari Tuhan....Malah sebagai HIASAN KECANTIKKAN...
Akalmu...senipis bilahan rambut....tebalkan ia dengan limpahan ilmu...
Jua hatimu bak kaca yang rapuh....kuatkanlah ia dengan iman yang teguh....
Ingatlah...Muslimah yang sejati....ialah Muslimah yang menjaga auratnya....Muslimah sejati juga seorang yang tidak menjatuhkan maruahnya hanya kerana menjadi hamba nafsu semata2....Muslimah sejati juga tidak menjatuhkan martabatnya sebagai insan yang dimuliakan...and remember....WANITA SOLEHAH adalah Penyeri Dunia....May ALLAH bless you....

Pe_Nga_Ja_rAn....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....


ReNungKaNLaH....

>>>Aku ada pasangan hidup sendiri....(kononyerr)

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan call pasanganku
Entah bila... aku nak call Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKK....

Tuesday 16 March 2010

Maafkan...aqu Ya ALLAH...



Ya ALLAH..
Tidak aqu sedari...
Selama ini cintaMu tidak pernah menyepi..
Rahmat dan kasih sayangMu tidak pernah bertepi..
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi...
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri..
Janji pada hambaMu tidak pernah Kau mungkiri...
Maafkanlahh...Ampunilah...
Terimalah...taubat...Hamba berdosa....