Friday 6 November 2009

Ingatlah wahai manusia!!!

Ingatlah wahai manusia!!!
Dunia sudah berada di akhir zaman,
Sudah cukupkah amalan kamu untuk menghadapi Hari Pembalasan?
Sudah sempurnakah IBADAT kamu kepada ALLAH?
Ingatlah wahai manusia!!!
Janganlah kamu terlalu leka dengan kehidupan duniawi,
Sehingga kamu terlupa akan kehidupan di Akhirat nanti,
Mungkin juga suatu hari nanti Allah akan menarik semula nikmat yang diberi-Nya,
Mungkin juga Allah akan menurunkan bala sebagai peringatan kepada semua hamba-Nya.
Ingatlah wahai manusia!!!
Baik kejadian gempa bumi yang berlaku mahupun kejadian terjadinya ombak tsunami yang melanda,
Mungkin Allah cuma mahu menduga akan ketaatan dan kekuatan keimanan kita terhadap-Nya,
Mungkin juga Allah mahu memberi peringatan akan kelalaian kita.
Marilah kita renung dan teliti akan Kalam Allah dalam surah AZ-ZALZALAH atau maksudnya goncangan :
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
1.APABILA BUMI DIGEGARKAN DENGAN GEGARAN(YANG SEHABIS-HABIS DAHSYATNYA.
2.DAN BUMI MENGELUARKAN SEGALA ISI BEBENANNYA(DARI DALAM PERUTNYA)
3.DAN BERKATALAH MANUSIA(DENGAN PENUH DUKACITA): "APA YANG SUDAH TERJADI KEPADANYA?"
4.PADA HARI ITU BUMI PUN AKAN MENCERITAKAN KHABAR BERITANYA:
5.KERANA TUHANMU TELAH MENILHAMKAN KEPADANYA.(SUPAYA BERLAKU DEMIKIAN)
6.PADA HARI ITU MANUSIA AKAN KELUAR TERBAHAGI KE DALAM KUMPULAN-KUMPULAN,UNTUK DIPERLIHATKAN KEPADA MEREKA (BALASAN)AMALAN-AMALAN (YANG MEREKA TELAH LAKUKAN).
Wassalam...

Thursday 29 October 2009

SaJaK...

KU IDAMKAN KEAMANAN...
BUMI...
Kelmarin,

Kau begitu tenang,
Kau begitu dibanggakan,
Di hampar dengan kehijauan tumbuhan,
Dibentang dengan kebiruan dan ketenangan lautan.
Kelmarin,

Manusia begitu gah berdiri di atas mu,
Memuji kebesaran Tuhan,
Dengan melihat keindahanmu,
Yang liputi dengan lautan dan tumbuhan,
Yang begitu memukau setiap pandangan.
Hari ini,

Setiap derap langkahku,
Ku lihat, ku renung,
Betapa sengsaranya engkau,
Dimusnahkan oleh makhluk Tuhanmu.
Hari ini,

Kau hampir musnah,
Dianiayai oleh manusia,
Yang digelar sebaik-baik kejadian.
Hari ini,

Ku pandang,kau begitu terseksa,
Betapa ku dapat rasakan segala kesengsaraan itu,
Betapa peritnya,
Kesakitan itu.
Akan datang,

Mungkinkah kau akan terus begini?
Mungkinkah kau akan musnah?
Mungkinkah kau akan terus terseksa?
Ya Allah,

Kelmarin,hari ini dan akan datang,
Kepada-Mu ku panjatkan doa,
Bukakanlah hati semua insan,
Supaya mereka hargai nikmat-Mu itu,
Ya Allah...ku idamkan keamanan.

Thursday 6 August 2009

SaHabAt...

Buat Teman...

syukur sungguh di hati ini,
dikurniakan teman sejati,
menunjuk jalan dekati-Nya,
tika diri dalam kebuntuan..

Betapa aku menghargai,
kejujuran yang kau beri,
mengajar ku mengenal erti,
cinta hakiki yang abadi..

Tiada yang menjadi impian,
selain rahmat kasih-Mu Tuhan,
yang terbias pada ketulusan,
sekeping hati seorang teman,
bernama teman...

Sahabat yang beriman..
ibarat mentari yang menyinar..

Sahabat yang setia..
bagai pewangi yang mengharumkan..

Sahabat sejati..
menjadi pendorong impian..

Sahabat yang berhati mulia..
membawa kita ke jalan ALLAH...

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah mengganggap ia terlalu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..

Apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya..
semula...akhirnya ia di buang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

CiNtA..ALLAH...




Cinta layaknya seperti seekor rama-rama..semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian..biarkan rama-ramamu terbang..ke mana saja dia suka..siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka..mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang ALLAH peruntukan buatmu...
Kekasih pilihan ALLAH dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya..Jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah...
Saling mencintailah hanya kerana ALLAH,
Saling menyayangilah hanya kerana ALLAH,
Saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH,
kerana hanya ALLAHlah yang dapat menumbuhkan rasa cinta,kasih sayang,dan kebahgiaan tersebut...
Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai ALLAH...
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci..Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerima..Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela..Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang suur,disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perkara yang terpuji...

Wednesday 5 August 2009

WaNitA SoLeHaH...

Alangkah indahnya ku lihat,berjalan seorang muslimah mukminah...dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan dengan penuh tawadhu'...Langkahnya ibarat perempuan muslimah yang tenang,yakin,berwibawa,penuh dengan semangat mujahidah...
Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa...bukan getaran nafsu...tapi getaran keinsafan untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat...
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati yang Maha Esa...
ada seulas bibir yang merah bak delima...sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah...
ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari pandangan maksiat...

setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dan tegas...
kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya,yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,melainkan hikmah,haq,serta mutiara-mutiara ukhuwah...
Hanya dengan melihat pada perwatakannya sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH...agar segera berfikir tentangNya...SUBHANALLAH...

KeHidUPaN


-Kehidupan ni x janjikn kebhgiaan sepnjang masa,kadang-kala manusia diasak dgn pelbgai dugaan n ujian...Sekiranya lemah kita akn trus hanyut mngikut kata hati dan x brusaha mncari penyelesaiannyerr tuk selamtkn diri dan keadaan...Kehidupan 2 adalah satu nikmat bagi org yg mnghargai dan mnyedarinya...
-Biar kepahitan 2 pergi,agar kemanisan mengisi...Biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai...Biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat...Biarkan penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita jana semula...Biarkan diri derita,agar ku tahu keperitaan derita ini,agar aku sedar kesengsaraan ini..x sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah SAW...
-Tuhan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya
Tapi manusialah yg menzalimi diri sendiri...

-Orng yg gagal selalu mnjadikan masalah yang kecil menjadi besar...manakala org yg berjaya menganggap masalah besar itu kecil...
-Bukankah ujian itu tabiah dari ALLAH? Justeru hadapinya dengan tabah!Semoga natijah esok lebih indah...
-Kelmarin mmbrikn pengalaman dlm setiap inci langkah kita,semalam adlah teladan dan pengajarannya...dan untuk mnghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah kehidupan...

BaHaGiA...


Org yg happy 2 akn selalu....
menyediakan wak2 untk mmbaca cause mmbaca 2 sumber hikmah...
menyediakan wak2 tertawa kerana tertawa 2 muziknyerr jiwa...
menyediakan wak2 tuk brfikir kerana brfikir 2 pokok kemajuan...
menyediakan wak2 tuk bramal kerna bramal 2 pangkal kejayaan...
menyediakan wak2 untuk brsenda cause bersenda 2 akn mmbuat kita always muda...
menyediakan wak2 untuk beribadat kerana beribadat 2 adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...

Friday 31 July 2009

wANiTa...pEnYEri DuNia...


Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah...manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah...hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh... hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji... Nilai diri seorang Muslimah Sejati...
WANITA...dengan kecantikanmu engkau lebih elok daripada matahari..dengan akhlak mu engkau lebih wangi daripada haruman..dengan rendah hatimu engkau lebih tinggi daripada rembulan..dengan kelembutanmu engkau lebih halus daripada rintik hujan...
WANITA..
Kau digelar sebagai penyeri dunia...Hadirmu melengkap hubungan manusia....Bukan sahaja dirindui yang biasa.....Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut....Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu....Jua hatimu bak kaca yang rapuh.... Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki...Bukan dari kaki untuk dialasi...Bukan dari kepala untuk dijunjung...Tapi dekat dibahu untuk dilindung...Dekat jua di hati untuk dikasihi...Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok...Jika datangnya dari kayu yang bengkok...Begitulah peribadi yang dibentuk...
Didiklah wanita dengan keimanan ...Bukannya harta ataupun pujian...Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...Engkaulah wanita istimewa....
INGATLAH WAHAI WANITA ENGKAU TERLALU MULIA DISISI ALLAH..JADI JANGANLAH RENDAHKAN MARTABATMU HANYA KERANA NAFSU,HARTA ATAUPUN UNTUK PUJIAN..
INGATLAH WANITA ENGKAU HIASAN DUNIA.. SEINDAH-INDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH DAN SEDARILAH INSAN ISTIMEWA BAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN ..BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN...

MasJID uNiVErSiTi Al-AzHaR aS-aSyArIFF



SEJARAH RINGKAS AL-AZHAR

Kaherah merupakan ibu negara Mesir. Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir, al-Azhar, sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.

UNIVERSITI TERAWAL DI DUNIA

Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan profesional Islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka. Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar. Sejak dahulu lagi, al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China, Eropah, India dan lain-lain. Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah tagi.

Mengikutcatatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu al-Azhar. Mengikut lembaran awal sejarah, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 97O Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli, seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan. Pada tahun 378 H (988 M), seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir, Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami' al-Azhar.

Monday 27 July 2009

BiDaDaRI SyURga


Dalam kelembutan hati,ada tegas yang tak bisa digugah.Dalam kehalusan jemari,tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.Dalam malu,suara tegar mereka mampu menggegar dunia.Sungguh,tanpa diminta,riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah.Menyampaikan mesej,harum mawar bukan sekadar untuk dicium,indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik,memberi ikhtibar tanpa rasa gentar.

Aduhai para Bidadari Syurga...

Membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya.Mampukah kami menjadi seperti kalian?Layakkah kami berdiri di sisi kalian?Sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian,pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tak sehebat pengabdian kalian......... "WAHAI BIDADARI SYURGA KAU TAMBAT HATI PADA YANG ESA."