Friday 6 November 2009

Ingatlah wahai manusia!!!

Ingatlah wahai manusia!!!
Dunia sudah berada di akhir zaman,
Sudah cukupkah amalan kamu untuk menghadapi Hari Pembalasan?
Sudah sempurnakah IBADAT kamu kepada ALLAH?
Ingatlah wahai manusia!!!
Janganlah kamu terlalu leka dengan kehidupan duniawi,
Sehingga kamu terlupa akan kehidupan di Akhirat nanti,
Mungkin juga suatu hari nanti Allah akan menarik semula nikmat yang diberi-Nya,
Mungkin juga Allah akan menurunkan bala sebagai peringatan kepada semua hamba-Nya.
Ingatlah wahai manusia!!!
Baik kejadian gempa bumi yang berlaku mahupun kejadian terjadinya ombak tsunami yang melanda,
Mungkin Allah cuma mahu menduga akan ketaatan dan kekuatan keimanan kita terhadap-Nya,
Mungkin juga Allah mahu memberi peringatan akan kelalaian kita.
Marilah kita renung dan teliti akan Kalam Allah dalam surah AZ-ZALZALAH atau maksudnya goncangan :
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
1.APABILA BUMI DIGEGARKAN DENGAN GEGARAN(YANG SEHABIS-HABIS DAHSYATNYA.
2.DAN BUMI MENGELUARKAN SEGALA ISI BEBENANNYA(DARI DALAM PERUTNYA)
3.DAN BERKATALAH MANUSIA(DENGAN PENUH DUKACITA): "APA YANG SUDAH TERJADI KEPADANYA?"
4.PADA HARI ITU BUMI PUN AKAN MENCERITAKAN KHABAR BERITANYA:
5.KERANA TUHANMU TELAH MENILHAMKAN KEPADANYA.(SUPAYA BERLAKU DEMIKIAN)
6.PADA HARI ITU MANUSIA AKAN KELUAR TERBAHAGI KE DALAM KUMPULAN-KUMPULAN,UNTUK DIPERLIHATKAN KEPADA MEREKA (BALASAN)AMALAN-AMALAN (YANG MEREKA TELAH LAKUKAN).
Wassalam...