Friday 31 July 2009

wANiTa...pEnYEri DuNia...


Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah...manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah...hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh... hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji... Nilai diri seorang Muslimah Sejati...
WANITA...dengan kecantikanmu engkau lebih elok daripada matahari..dengan akhlak mu engkau lebih wangi daripada haruman..dengan rendah hatimu engkau lebih tinggi daripada rembulan..dengan kelembutanmu engkau lebih halus daripada rintik hujan...
WANITA..
Kau digelar sebagai penyeri dunia...Hadirmu melengkap hubungan manusia....Bukan sahaja dirindui yang biasa.....Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut....Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu....Jua hatimu bak kaca yang rapuh.... Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki...Bukan dari kaki untuk dialasi...Bukan dari kepala untuk dijunjung...Tapi dekat dibahu untuk dilindung...Dekat jua di hati untuk dikasihi...Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok...Jika datangnya dari kayu yang bengkok...Begitulah peribadi yang dibentuk...
Didiklah wanita dengan keimanan ...Bukannya harta ataupun pujian...Kelak tidak derita berharap pada yang binasa...Engkaulah wanita istimewa....
INGATLAH WAHAI WANITA ENGKAU TERLALU MULIA DISISI ALLAH..JADI JANGANLAH RENDAHKAN MARTABATMU HANYA KERANA NAFSU,HARTA ATAUPUN UNTUK PUJIAN..
INGATLAH WANITA ENGKAU HIASAN DUNIA.. SEINDAH-INDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH DAN SEDARILAH INSAN ISTIMEWA BAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN ..BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN...

MasJID uNiVErSiTi Al-AzHaR aS-aSyArIFF



SEJARAH RINGKAS AL-AZHAR

Kaherah merupakan ibu negara Mesir. Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir, al-Azhar, sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.

UNIVERSITI TERAWAL DI DUNIA

Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan profesional Islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka. Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar. Sejak dahulu lagi, al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China, Eropah, India dan lain-lain. Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah tagi.

Mengikutcatatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu al-Azhar. Mengikut lembaran awal sejarah, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 97O Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli, seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan. Pada tahun 378 H (988 M), seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir, Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami' al-Azhar.

Monday 27 July 2009

BiDaDaRI SyURga


Dalam kelembutan hati,ada tegas yang tak bisa digugah.Dalam kehalusan jemari,tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.Dalam malu,suara tegar mereka mampu menggegar dunia.Sungguh,tanpa diminta,riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah.Menyampaikan mesej,harum mawar bukan sekadar untuk dicium,indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik,memberi ikhtibar tanpa rasa gentar.

Aduhai para Bidadari Syurga...

Membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya.Mampukah kami menjadi seperti kalian?Layakkah kami berdiri di sisi kalian?Sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian,pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tak sehebat pengabdian kalian......... "WAHAI BIDADARI SYURGA KAU TAMBAT HATI PADA YANG ESA."